Road Map Rakan Usahawan TudungSiComel

Kita berniaga, pastinya kena ada target. Apa impian jangka panjang untuk perniagaan kita?

Apa halatuju perniagaan kita? Adakah ingin terus menerus menjadi Dropship selamanya atau bagaimana?

Jadi saya di HQ TudungSiComel sentiasa memikirkan dan merancang untuk memastikan anda tidak selama-lamanya di satu tahap sahaja.

Saya juga ingin melihat perniagaan semua Rakan-rakan Usahawan TudungSiComel berjaya dan berkembang.

Saya impikan satu hari nanti, anda akan berjaya membina empayar perniagaan tudung sekolah bersama TudungSiComel dengan lebih baik walau hanya berniaga dari rumah sekalipun.

Namun jika anda memilih untuk terus menjadi dropship pun pastinya tiada masalah. Ianya juga satu bentuk peluang jana pendapatan dari rumah yang baik sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata.

Home office with a view 900x701 1

Apa perancangan saya?

Kepada Rakan Usahawan TudungSiComel yang ingin bergerak lebih jauh dan sanggup mengambil risiko yang lebih besar, ini saya sediakan roadmap untuk anda.

Kita kena ada perancangan yang jelas supaya kita dapat susun strategi untuk terus melangkah ke hadapan.

Saya susun ianya menjadi 8 tahap yang anda akan tempuhi langkah demi langkah. Jangan tergesa-gesa, hadapinya secara berperingkat.

Dropship Roadmap Dropship TudungSiComel

Tahap 1 – Belajar menjual dengan bermula sebagai Dropship.

Ini permulaan yang paling penting. Belajar dahulu bagaimana mencari pelanggan.

Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, mencari pelanggan adalah asas utama dan ianya sangat penting.

Banyak perkara yang perlu dipelajari di tahap ini. Antaranya bagaimana nak kenali pelanggan kita (customer avatar), di mana mereka berada, bagaimana nak pastikan mesej iklan kita sampai kepada mereka dan bagaimana nak buatkan mereka tertarik(psychology) untuk membeli dari kita.

Apa yang penting pada tahap ini adalah anda perlu simpan semua database anda. Kumpul database sebanyak mungkin.

Apabila sudah mahir menjual, mencari pelanggan dan database pun sudah banyak, barulah boleh ke tahap yang seterusnya.

Kadang-kadang kita ingin terus nak ada produk sendiri tanpa kita belajar bagaimana nak menjual. Ianya agak berisiko, dikuatiri stok akan ‘terlambak di bawah katil’.

Saya juga bermula dengan menjadi seorang dropship semenjak 2007-2012 sebelum saya menubuhkan TudungSiComel kita ini.

Tahap 2 – Belajar mencari dan mendidik agen.

Untuk ke tahap seterusnya, selain belajar menjual, anda juga digalakkan belajar bagaimana untuk mencari (recruitment) dan mendidik agen di bawah anda supaya mereka juga pandai menjual dan dapat jana pendapatan dengan baik.

Ini penting supaya apabila anda berada di tahap 3 nanti, anda boleh tawarkan dan bantu mereka dengan stok yang anda pegang.

Dengan ini anda akan merasa lebih yakin untuk memegang stok sebagai Mini Stokis.

Di TudungSiComel kita ada sediakan peluang tersebut; mencari dan mendidik agen dengan Program Affiliate kita.

Jika anda dapat belajar dan kuasai kedua-dua kemahiran ini iaitu menjual dan mencari serta mendidik agen, ianya satu bonus dan barulah akan lebih yakin untuk ke tahap yang seterusnya.

Tahap 3 – Menjadi Pemborong / Mini Stokis.

Apabila sudah mahir mencari pelanggan dan database pelanggan sediaada pun sudah banyak, ditambah pula dengan agen di bawah didikan anda juga bertambah ramai. Kini barulah anda boleh ambil keputusan untuk mula pegang stok dan menjadi Mini Stokis TudungSiComel.

Belajar bagaimana untuk menguruskan stok, proses penghantaran dan pemulangan. Anda juga boleh bekalkan stok tudung anda kepada agen-agen di bawah didikan anda.

Namun jangan terus beli stok dalam kuantiti yang banyak, mulalah dengan jumlah kuantiti minima sekitar 20 – 40 helai terlebih dahulu sebagai permulaan.

Kemudian apabila sudah benar-benar yakin, barulah tambah kuantiti pegangan stok dari masa ke semasa.

Tahap 4 – Mula mencari seorang staff admin.

Apabila tempahan sudah mulai banyak dan stabil, upah lah seorang staff untuk bantu anda mengambil tempahan dan membungkus. Sementara itu, anda boleh terus fokus dengan aktiviti marketing dan mencari pelanggan.

Tahap 5 – Menyewa lot kedai kecil.

Di tahap ini, mungkin anda sudah boleh berfikir untuk mencari lot kedai kecil untuk aktiviti perniagaan anda. Mulakan dengan lot yang kecil dahulu. Jangan terburu-buru.

Berbeza rasanya berniaga dari rumah berbanding ada lot kedai kecil kita sendiri. Rasa lebih bersemangat.

TudungSiComel pada tahun 2013 dahulu, kita juga hanya bermula dengan sebuah lot kecil di sebuah stesyen bus di Damansara Damai dengan kadar sewa hanya RM300 sahaja sebulan (seingat saya).

awal penubuhan tudungsicomel
Tahun 2013 – Renovasi Lot Kedai Comel TudungSiComel. Sebuah permulaan.

Tahap 6 – Mula mencari staff marketing dan tambah staff admin / membungkus.

Apabila tempahan sudah semakin banyak, database juga sudah banyak dan anda juga sudah betul-betul yakin, mulalah dengan mencari staff marketing bagi membantu anda untuk aktiviti pemasaran harian.

Jangan risau untuk ambil staff, pada rezeki mereka, in shaa Allah terselit rezeki kita juga.

butik comel tudungsicomel
Sekitar tahun 2015 – Krew Comel TudungSiComel

Tahap 7 – besarkan premis

Pada tahap ini, anda dah boleh mula berfikir bagaimana ingin kembangkan lagi perniagaan anda ke satu tahap yang lebih tinggi.

Perniagaan anda sudah berkembang dan berjalan dengan baik dengan ramainya pelanggan tetap anda dan database pelanggan anda yang sudah banyak.

Pada tahap ini juga, anda boleh mula pertimbangkan untuk menyewa premis yang lebih besar mengikut kesesuaian bagi menampung stok dan staff yang ada.


Tahap 8 – Wariskan pada anak-anak.

Apabila perniagaan anda sudah stabil, boleh lah anda wariskan perniagaan anda kepada anak-anak anda pula untuk meneruskannya.

Masa nie anda dah boleh berehat. Best kan? 😊

Bagitulah serba sedikit perancangan saya untuk anda. Impian saya adalah saya nak lihat anda berjaya satu hari nanti. Aamiinn.

small step

Namun pastinya ianya akan mengambil sedikit masa… ianya perlukan FOKUS, CONSISTENT dan TAK MUDAH MENYERAH KALAH!

Jika tidak dimulakan dengan langkah pertama, bila lagi kan?

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment