Adakah anda mencari variasi idea baju kembang budak perempuan? Ini adalah artikel yang tempat untuk anda singgah.
Seperti yang kita maklum, anak kecil masa kini tidak sama seperti kita pada masa dulu. Begitu banyak fesyen untuk kanak-kanak yang memang tidak dinafikan sangat menarik apabila digayakan.
Jika dahulu anak-anak kecil hanya memakai baju t-shirt dan seluar, tetapi kini masing-masing telah terdedah dengan pelbagai jenis fesyen yang lebih menarik perhatian.
Bahkan, boleh dikatakan mereka ini terlihat tidak kalah seperti model si cilik dalam memperagakan pakaian yang terjual di pasaran.
Jenis idea baju kembang budak perempuan
Antara pakaian yang sering sahaja menjadi pilihan si ibu untuk dipakaikan kepada anak kecil ini adalah pelbagai jenis baju kembang dengan warna yang dapat menyerlahkan sisi comel si anak.
Namun begitu, keturajaan tersebut ada kalanya sehingga menyebabkan ibu kekeringan idea baju kembang budak perempuan yang sesuai untuk dipadankan di tubuh anak-anak.
Menariknya, sehingga ada yang menjadikan anak kecil ini sebagai teman ber-ootd, mencuba pelbagai jenis pakaian menarik dan penuh gaya. Dalam masa yang sama, ia juga turut menjadi sumber pendapatan tambahan si ibu dan anaknya.
Jauh dari semua itu, di sebalik penampilan yang menarik dan penuh gaya ini, pakaian yang selesa harus dititikberatkan untuk memastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan selesa dan tidak terbeban.
Sebagai contoh, penggunaan fabrik kapas, net dan renda yang sering digunakan dalam penghasilan idea baju kembang budak perempuan perlulah diutamakan.
Hal ini kerana, ciri-ciri material kainnya yang lembut, tidak panas, serap peluh, dan sangat selesa.
Baca juga : Kad Derma Darah kini sudah DIGITAL!
Anda hendak tahu apakah antara idea baju kembang budak perempuan yang semakin hangat di pasaran hari ini?
Jom sama-sama kita semak perkongsian 5 idea baju kembang budak perempuan yang cukup popular dan menjadi trend.
1. Baju peplum kembang
Dahulu fesyen atau cutting baju peplum ini hanya tersedia buat wanita dewasa sahaja. Namun seiringnya perkembangan fesyen, kini ia juga sudah tersedia untuk dipakai oleh anak-anak kecil.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan peplum sebenarnya?
Peplum adalah sesuatu pakaian dengan penambahan kain kembang yang beralun pada bahagian pinggang si pemakai. Menariknya, si pemakai akan kelihatan seakan-akan sedang memakai mini skirt.
Baca Juga : 5 butik hot di Bandar Baru Bangi
Bukan sahaja anda, malah kami di sini juga kadang kala cair melihat kecomelan anak-anak kecil tersebut memakai baju peplum sebegini.
Dengan telatah mereka yang sedia comel ditambah pula dengan membawa idea baju kembang budak perempuan yang sebegini, justeru makin membangkitkan lagi aura kecomelan anak-anak tersebut.
Melihat penampilan mereka yang sungguh bergaya menyebabkan kadang kala luluh hati ini untuk marah apabila berhadapan dengan kerenah keanak-anakkan mereka yang menguji kesabaran.
Mudah kata, aura mereka memang sangat kuat sebagai daya penarik sungguhpun kepada orang dewasa.
Walaupun baju peplum ini kelihatan premium tetapi ia boleh dimiliki dengan harga yang murah dan berpatutan.
Yang penting, kita perlu tahu pilihan warna yang sesuai dengan gubahan fesyen yang menarik serta material yang selesa buat si anak kecil ini.
2. Gaun kembang
Idea baju kembang budak perempuan yang seterusnya adalah gaun kembang. Pakaian ini tampak comel jika dipakai bersama kasut tumit tinggi yang kecil dan berkilau. Terlihat seakan-akan si puteri yang sedang mencari adiwira hidupnya.
Ditambah pula dengan corak floral yang menaikkan sifat feminin si pemakai bersama lace dengan tona warna pastel, pasti menjadi pilihan setiap ibu.
Jangan lupa untuk pakaikan bersama tudung dari www.tudungsicomel.com untuk menambahkan lagi aura comel si manja ini.
3. Blouse dan skirt kembang
Percaya atau tidak? Anak-anak kecil kini sudah gemar menggayakan pakaian dan sentiasa tampak cantik, untuk menyerlahkan diri mereka. Kebanyakan daripada mereka terpengaruh dengan individu sekeliling mereka yang turut gemar berfesyen.
Baca juga : Kriteria untuk tudung budak instant perlu diketahui
Selain pemakaian gaun kembang dan blouse, skirt kembang juga menjadi pilihan anak kecil ini untuk bergaya.
Apatah lagi jika dipakai bersama tudung yang cantik dan selesa, ia pasti menambahkan lagi semangat untuk bergaya dengan cara yang mematuhi syariah, menutup aurat, dan bersopan.
4. Baju jubah kembang
Ramai ibu muda masa kini gemar tampil sedondon dengan anak perempuannya kerana ia tampak lebih menarik dan cantik.
Justeru itu, untuk memastikan kedua-duanya sedondon, si ibu perlulah memakaikan pakaian yang sesuai buat si anak dan begitu juga sebaliknya kepada diri mereka.
Namun begitu, perlu diingatkan kita sendiri perlu elak dari meniru gaya pakaian yang sama dengan anak seperti gaun kembang pendek dan sebagainya.
Sebagai ganti, pilihlah baju jubah yang bersifat kembang dan selesa untuk dipakai. Jadi selain ianya tampak comel apabila dipakai pada tubuh anak, dalam masa yang sama juga ia terlihat lebih sopan apabila dipakai oleh si ibu.
Hah, barulah sesuai jika hendak ber-ootd bersama dan dikongsi kepada para ibu di luar sana yang lain nanti!
5. Baju kurung kembang
Selain gaun dan jubah, terdapat juga idea baju kembang budak perempuan yang berunsurkan baju kurung buat si anak.
Bayangkan sahaja anak perempuan kecil anda itu memakai baju kurung kembang yang comel serta dipadankan dengan tudung yang selesa dan awning yang mudah terbentuk.
Pasti si kecil ini mampu mencairkan hati semua orang apatah lagi ketika Hari Raya. Wajah mereka yang memakai tudung si comel bersama mata bulat yang terkedip-kedip dijamin mampu mengubah hari kita yang suram kepada hari yang paling indah.
Jangan risau, jika anda masih tercari-cari tudung yang sesuai untuk dipakai bersama idea baju kembang budak perempuan yang dikongsikan tadi.
Tidak perlu bersusah payah lagi. Cari, pilih, dan beli sahaja dari www.tudungsicomel.com. Kami ada variasi design, koleksi, dan warna yang pastinya membuatkan anda berpuas hati dengan kualiti premium yang ditawarkan!