Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

8 Tanda Awal Kehamilan Yang Wajib Diketahui

Bakal ibu kadang kala banyak yang tidak tahu dan terlepas mengenali tanda awal kehamilan. Hal ini kerana, setiap wanita hamil mempunyai simptom yang berbeza antara satu sama lain.

Bahkan ramai juga bakal ibu yang tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan. Dan ada juga wanita yang langsung tidak perasan mereka sedang berbadan dua.

Pengalaman mengandungkan anak

Dari pengalaman saya sendiri, saya juga tidak terlepas dari mengalami situasi yang pelik. Untuk wanita yang baru pertama kali mengandung, pastinya akan berasa pelik kenapa saya tidak datang haid 2 bulan berturut-turut.

Setiap wanita pastinya berbeza-beza ketika mereka mengandung. Namun begitu, ada juga beberapa perubahan yang akan berlaku ketika mereka sedang hamil.

Jadi, tidak perlulah hendak dibanding-bandingkan dengan yang lain. Sejak dari hari itu, saya cari tanda awal kehamilan yang saya rasa semua wanita wajib tahu supaya mereka lebih bijak untuk bersedia ketika hamil.

Baca ini juga: 4 Tips Dekorasi Bilik Tidur Anak Lelaki Dan Perempuan

Berikut ini dikongsikan beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang boleh dilihat dan sedang berlaku pada bakal ibu.

tanda awal kehamilan

Tanda awal kehamilan yang mungkin anda terlepas pandang

Di bawah ini, terdapat beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang kebiasaannya bakal ibu terlepas pandang. Jom, kita sama-sama semak.

#1 Period datang lewat

Jika period kita datang lewat, kemungkinan besar kita sedang berbadan dua. Tetapi ia agak sukar untuk dikesan pada permulaan minggu jika anda perhatikan.

Namun begitu, kita boleh lebih alert lagi untuk memastikan sekiranya period lewat daripada tarikh yang sepatutnya. Bukan apa, ini satu berita gembira untuk pasangan yang sedang menantikan cahaya mata.

#2 Morning sickness

Sepanjang tempoh kehamilan, saya tidak pernah alami morning sickness tetapi berbeza betul dengan adik saya. Dia alahan teruk sehingga bulan ke 5 dia hamil, sehingga terpaksa berhenti kerja.

Kebiasannya, mual akan dialami pada awal-awal kehamilan. Selalunya ia akan terjadi pada waktu pagi tetapi ada juga yang mengalaminya di sepanjang hari.

#3 Cepat penat dan letih

Walaupun saya tidak alami morning sickness di peringkat tanda awal kehamilan, tetapi saya cukup penat dan letih. Kadang kala sehingga tidak mampu berbuat apa-apa kerana rasa letih yang melampau.

Waktu saya hamil, ketika itu sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1. Jadi kebetulan memangg tidak buat apa-apalah kan. Asyik duduk terperap dalam rumah, itu pun memang saya rasa cukup letih.

Rupanya, baru saya tahu yang saya tengah mengandung 3 bulan. Patutlah penat lain macam.

Untuk pengetahuan anda, di awal kehamilan kita biasanya akan rasa letih disebabkan perubahan hormon diri. Hal ini kerana, tubuh kita akan melemahkan sistem imun supaya embrio dapat melekat dan menetap di dalam rahim.

#4 Kerap kencing

Ini juga merupakan tanda awal kehamilan, asyik nak kencing sahaja kerjanya. Memang betul kerap kecing merupakan tanda anda sedang mengandung.

Pastinya kita akan letih kerana asyik berulang alik ke tandas untuk membuang air kecil. Pada awal kehamilan, saya turut mengalaminya malah pada hujung-hujung kehamilan pun sama.

Kadang memang rasa letih dan beremosi dibuatnya kerana baru hendak masuk tidur sudah berlari semula ke tandas untuk kencing.

#5 Mood cepat swing

Jika anda mudah berasa sensitif, cepat sedih dan marah ini adalah antara tanda awal kehamilan. Menangani masalah disekeliling dan dalam masa yang sama bertindak dengan mood swing kita yang diluar kawalan itu menyebabkan kadang kala berlaku sesuatu yang lebih teruk.

Inilah yang sering terjadi bila si ibu menjadi tertekan dan seterusnya menangis secara tiba-tiba. Kadang kita sendiri pun tidak sedar, kenapa tiba-tiba sahaja mood cepat betul swing.

Justeru itu, orang sekeliling patut memahami kerana ia adalah perkara yang sukar untuk dielakkan dek kerana hormon yang meningkat secara drastik ketika hamil.

Perubahan asing yang terjadi pada tubuh, kesakitan disana-sini dan juga kita cepat merasa letih berpotensi menyumbang kepada perubahan mood pada wanita yang hamil.

#6 Perubahan pada payudara

Perubahan payudara juga merupakan tanda awal kehamilan yang biasa. Kebiasaanya, puting ibu hamil akan berubah ke warna gelap dan akan menonjol.

Kita juga akan merasakan payudara akan lebih kencang, sensitif dan membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika perubahan ini ada pada anda, sah anda tengah hamil!

#7 Perubahan Selera Makan

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya begitu juga saya. Ketika awal trimester pertama, mood makan saya bertambah berselera.

Kadang sampai 2 jam sekali mesti nak makan, tidak pun mesti kena ada makanan kudapan untuk saya kunyah.

Bagi memastikan kandungan anda sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, anda perlu mengambil vitamin yang bersesuaian dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.

#8 Pregnancy Test

Untuk lagi meyakinkan yang kita sedang hamil, lagi baik jalani sahaja ujian kehamilan. Harga pun tidak mahal dan mudah untuk di dapati di farmasi yang berdekatan.

Alat ini boleh memastikan sama ada kita mengandung atau pun tidak. Jika anda nampak dua line pada pregnancy test, confirm anda tengah hamil.

Kesimpulan

Itulah senarai 8 tanda awal kemahilan untuk pengetahuan bakal ibu dan ayah. Saya harap setiap ibu wajib tahu tentang tanda tersebut supaya kehamilan dapat dikesan dari awal lagi.

Tidak hanya ibu, malah bakal bapa pun turut sama-sama mengetahui tanda mengandung ini bagi menyambut kehadiran cahaya mata. Sekiranya anda mengalami gejala seperti yang dinyatakan di atas, tahniah saya ucapkan!

Besar kemungkinan anda sedang mengandung. Jangan lupa untuk segera ke klinik dan dapatkan pengesahan daripada doktor.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.