Butik TudungSiComel Dalam Pengubahsuaian

Salam ceria =)

Untuk makluman, butik baru kita masih lagi dalam usaha pengubahsuaian. InsyaAllah dijangka siapa pada hari Sabtu 21 Sep 13. Kemudian kami akan berusaha secepat mungkin untuk memasukan stok-stok baru ke dalam sistem katalog kita.

Maaf yer membuatkan anda menunggu sekian lama, kami betul-betul nak minta maaf banyak-banyak =(

Selepas pindah dari Setiawangsa, kini kami akan mula beroperasi di Butik baru di Damansara Damai (Belakang McD/Shell) dan kami sangat berharap dapat membantu Rakan Niaga kami dengan sebaik mungkin akan sama-sama kita berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Kami akan bawakan kepada anda lebih banyak Koleksi Premium tudung kanak-kanak dan yang pastinya dapat membuatkan anak anda dan anak pelanggan anda bertambah ceria =)

Untuk mendapat maklumat Promosi Pelancaran TudungSiComel.com, mohon Klik Sini.

TudungSiComel - Renovation TudungSiComel - Renovation TudungSiComel - Renovation

 

Jemputlah melawat kami yer. Alamat baru kami di:

TudungSiComel.com
Lot BT16,
Stesyen Bas Wan`s Central,
Jln PJU 10/3A, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor

“Kami menyambut anda dengan CERIA atau ianya PERCUMA!”

Kenapa TudungSiComel.com?

Salam ceria kawan-kawan =)

Kenapa TudungSiComel.com?

Banner3

Tercetusnya idea untuk menjayakan projek membekalkan tudung kanak-kanak secara online adalah atas kesedaran untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada masyarakat Malaysia.

Jika kita imbas kembali ke zaman awal 80an dahulu ataupun lebih dikenali sebagai zaman ‘aa go go’,  rata-rata wanita di zaman itu masih kurang yang benar-benar bertudung mengikut ajaran Islam.

Masih ingatkah? 

Kebanyakan mereka lebih gemar memakai baju ketat  hingga menampakkan susuk tubuh dan jauh sekali untuk bertudung. Cuba kita lihat kembali filem-filem Tan Sri P.Ramlee dan kita akan faham.

Tetapi, sampai satu masa wanita di Malaysia sudah mula bertudung dan budaya bertudung semakin menjadi perkara biasa sehinggakan artis-artis wanita di Malaysia juga sudah mula bertudung.

Semalam semasa saya bersiar-siar di Semua House, Masjid India, saya terserempak dengan artis Ziela jalil yang bertudung comel =). Alhamdulillah.

Ziela-Jalil TudungSiComel.com

Langkah Pertama

Untuk membudayakan sesuatu perkara bukanlah mudah, namun sekiranya kita tidak memulakan langkah pertama, mungkin ianya terus tidak akan berlaku.

Sehubungan itu, kami mengambil langkah pertama dengan harapan mudah-mudahan budaya ini dapat tersebar luas ke seluruh Malaysia dan semoga ianya menjadi budaya biasa suatu hari nanti.  Kami perlukan sokongan kawan-kawan semua. InsyaAllah.

Kenapa Bertudung Dari Usia Muda?

Kami percaya kepada kata pepatah;

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Kanak-kanak adalah ibarat kain putih, kitalah yang bakal mencorakkan mereka.

Tudung Kanak-kanak Online

3 Tips Mudah Mendidik Anak Bertudung

Untuk mendidik anak bertudung bukanlah perkara mudah. Namun saya sudah mencuba tips mudah ini dan ianya berhasil kepada anak saya yang begitu gemarkan mainan Barbie. Setiap hari bersolek seperti Barbie.

Akhirnya saya tersenyum dan rasa sangat bersyukur kerana dia mula gemar bertudung =)

3 Tips Mudah Mendidik Anak Bertudung

Doakan kejayaan kita bersama yer….

Salam ceria =)

Peluang Kerjaya Bersama TudungSiComel.com (SBZ Prima Enterprise)

pic1

[Peluang Kerjaya] Alhamdulillah dengan sokongan kawan-kawan selama ini, TudungSiComel.com telah menunjukan prestasi yang sangat baik.

Jadi, sekarang tibalah masanya untuk mencari Rakan Niaga/Krew bagi melancarkan lagi urusan dan bersama-sama TudungSiComel.com bagi mencapai cita-cita;

Untuk memperkenalkan idea pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada masyarakat Malaysia. Kami percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya

“Lets become part of us and enjoy the journey”

[Kami Perlukan] Pembantu Jualan

Membantu Pengurus untuk menguruskan tempahan tudung agar ianya lebih lancar. Ini bagi memastikan setiap pelanggan gembira dan berpuashati bukan sahaja dengan produk yang berkualiti, tetapi juga dengan khidmat pelangan yang diberikan.

 

Maklumat Ringkas Bidang tugas:

Baca Lanjut…

Item added to cart.
0 items - RM0.00