fbpx

Motivasi Archive

Tips Menangani Masalah Anak Berbohong

scold

1 Mendengar

Mendengar dan memahami apa sebenarnya di sebalik ‘ketidak-jujuran’ itu. Membaca riak wajah, memahami apa yang mereka lalui seharian atau mungkin ada hajat yang tidak dipenuhi. Take time and listen.

2 Menilai Berdasarkan Tahap Perkembangan

Bila ingin menyalahkan/menghukum mereka, jangan lupa mereka sebenarnya masih kecil. Nilai mereka berdasarkan berapa usia kematangan mereka. Jangan pukul rata, padahal usia yang berbeza mencerminkan tahap perkembangan peribadi yang berbeza.

Anak 3 tahun yang ‘berbohong’ tak sama nilai kesalahannya dengan anak 13 tahun yang berbohong. Tak logik kedua-duanya kena hukuman yang sama. Ingat! Yang salah ialah perbuatan mereka, it’s the behaviour that was wrong, not the person.

3 Bina Hubungan Erat

Bina hubungan dengan anak anda. Jadikan mereka hormat pada anda sehingga anda menjadi orang ‘terakhir’ yang dia akan tipu dalam dunia ini. Ibu bapa yang jarang di rumah; bila dirumah asyik menghadap telefon; bila diminta tolong bacakan buku, ajar mengaji susah; semua ini antara sikap yang menghakis hormat anak pada ibubapa.

4 Berikan Contoh

Tunjukkan contoh. Jangan menipu, bercakap bohong, jenaka yang melampau tak kira terhadap anak, isteri, suami atau orang lain. Cuba jujur dalam apa jua keadaan.

“Abi tak bagi sebab kakak dah makan banyak aiskrim tadi, nanti gigi rosak, sakit gigi, tak boleh ke sekolah” lebih baik dari ‘makanlah lagi nanti Abi letak kakak dalam peti ais!”

5 Mendidik Erti Tanggungjawab

Untuk anak yang berusia 7 tahun ke atas, mula didik ‘responsibility’. “Kalau abang buat ini jadi begini, tak buat ini jadi begini”. Bagi mereka faham, apa yang mereka lakukan tak habis disitu sahaja, ada kesan.

Saya ajar anak saya ‘responsibility’ dengan binatang peliharaan. Bila dia tahu tanggungjawab, dia tahu kesan baik buruk perbuatan dia, dia akan nampak value jujur dalam diri.

Kalau tertangkap mereka berbohong, ajar mereka perbaiki sendiri keadaan ‘kalau tak solat, suruh qadha’ solat depan kita, kalau tak jaga adik, potong waktu bermain.

Continue Reading

Tips Mengajar Anak Menghafal Al-Quran Sejak Bayi

Tips Mengajar Anak Menghafal Al-Quran

 

Pernah tengok tak video kanak-kanak berusia 5 tahun yang diberi nama Musa dan berasal dari Indonesia sudah menghafal 30 juzuk Al-Quran tak? Allahuakbar, sungguh beruntung Ibu Bapa Musa.

Kanak-kanak seperti Musa ini juga telah memberi inspirasi setiap ibu bapa yang digelar muslim untuk turut mendidik anak-anak mencintai Al-Quran, menghayati segala kata-kata ALLAH lebih mendalam serta menghafaz ayat-ayat Al-Quran.

Ibu bapa mana yang tidak menginginkan anak-anak mereka menjadi hafiz-hafizah, cuma yang berbeza adalah atas ikhtiar dan kesungguhan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mendalami Al-Quran.

Bila Al-Quran di dada mereka, Insyaa Allah ianya dapat memberi syafaat di akhirat kelak.

Insyaa Allah, kita berusaha dan berdoa semoga Allah perkenankan doa kita. Doa seorang ibu buat anak-anak tiada hijab… ingat tu.

Sambil kita ajar anak menghafal secara tak langsung kita pun sebenarnya membaca Al-Quran juga. Nampak tak? Mari kita berikhtiar dari sekarang, Insyaa Allah Allah akan memberi jalan kepada kita.

Tips ini dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Al Hafidz.

Continue Reading

Masalah Ibu Yang Cepat Marah Pada Anak-Anak

marah anak

 

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).

Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

Continue Reading