Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

3 Tahap Autisme Yang Terpaksa Dihadapi Oleh Kanak-Kanak

Bagaimana cara mengenali anak autisme dan tahap autisme? Artikel kali ini akan berkongsi kepada anda 3 tahap autisme untuk anda semak.

Berdasarkan Laporan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Remaja Negara Malaysia 2014 menunjukkan bahawa dua juta kanak-kanak berusia dari lima hingga 18 tahun di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental.

Contohnya seperti kecatatan perkembangan, gangguan emosi dan tingkah laku. Salah satu dari masalah popular tersebut adalah autisme yang berlaku 1 daripada 10 kanak-kanak di dunia.

Apa itu autisme?

Perkataan autisme bermula dari bahasa Greek iaitu “autos” yang bererti sendiri. Dari konteks kesihatan, autisme merupakan keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu oleh kerana beberapa faktor penting.

Antara faktornya adalah seperti kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar berulang, pemencilan diri, dan keinginan terhad kepada sesuatu perkara atau benda.

Gejala awal autism pada anak

Berikut adalah tanda awal autism yang wajib ibu bapa ketahui pada anak masing-masing:

  • Lambat bercakap
  • Mengelak menatap mata ketika berbual dan gemar berseorangan 
  • Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat
  • Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan
  • Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan 
  • Tidak menunjuk minat (dengan menunjuk terhadap sesuatu objek tersebut) pada umur 14 bulan 
  • Tidak berminat bermain olok-olok pada umur 18 bulan
  • Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
  • Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka marah
  • Taksub terhadap sesuatu perkara
  • Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu ransangan
  • Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, mengoncang badan atau berpusing dalam bulatan

Apakah ciri-ciri autism?

Ciri-ciri autism terbahagi kepada tiga aspek iaitu kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, minat dan kelakuan yang aneh.

1. Kemahiran sosial

Berikut merupakan masalah sosial yang mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang menghidapi autisme:

  • Tidak dapat menunggu giliran
  • Tidak suka berkongsi minat
  • Mimik muka yang mendatar atau tidak sesuai dengan situasi semasa
  • Tidak memahami konsep ruang peribadi (personal space)
  • Tidak gemar atau mengelak sentuhan fizikal 
  • Sukar untuk dipujuk 
  • Berkomunikasi hanya untuk mencapai matlamat yang dikehendaki

2. Kemahiran komunikasi

Berikut merupakan kemahiran komunikasi yang mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang menghidapi autisme:

  • Lambat bercakap
  • Menggunakan perkataan yang bertentangan dengan maksud sebenar (menggunakan dia untuk merujuk saya)
  • Gemar mengulang perkataan atau ayat yang sama
  • Tidak menjawab soalan yang diajukan
  • Tiada isyarat badan
  • Tidak menunjuk kepada objek yang diingini atau tidak merespon apabila seseorang menunjuk pada sesuatu
  • Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
  • Tidak memahami gurauan atau sindiran 
  • Tidak bermain olok-olok seperti kanak-kanak lain

3. Minat dan kelakuan yang aneh

Berikut merupakan aspek minat dan kelakuan yang aneh yang mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang menghidapi autisme:

  • Suka menyusun mainan dan objek dalam satu barisan
  • Sering bermain dengan mainan yang sama dengan cara yang sama
  • Minat yang khusus pada satu bahagian objek (minat dengan tayar pada kereta mainan)
  • Harus melalui rutin yang sama
  • Mudah merasa sedih dengan perubahan yang kecil
  • Taksub kepada satu minat atau hobi
  • Sangat tersusun
  • Berulang-ulang kali mengepak tangan, mengoncang badan dan bepusing dalam bulatan

Simptom lain yang boleh dialami oleh kanak-kanak autisme

Selain itu, kanak-kanak autisme juga berpotensi untuk mengalami simpto atau gejala lain seperti:

  • Sering mengamuk
  • Tabiat makan dan tidur yang aneh
  • Terlebih aktif (Hyperactivity)
  • Panas baran
  • Bertindak melulu
  • Sukar untuk fokus
  • Cenderung untuk mncederakan diri sendiri
  • Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
  • Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
  • Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai 

Kenali 3 tahap autisme perlu anda tahu

Masalah autism berintipatikan kepada gangguan pada spektrum dengan variasi ciri, simptom, gejala, dan tahap autisme yang ditunjukkan oleh anak-anak.

Kita sendiri tidak boleh untuk mengklafikasikan seorang anak autisme sama dengan yang lain.

Justeru itu, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) telah mengkategorikan ia kepada beberapa tahap autisme. Tahap autisme yang dimaksudan ini adalah tahap 1, tahap 2, dan tahap 3.

Setiap tahap dipisahkan berpandukan kepada seberapa teruk simptom yang dihadapi oleh anak-anak ini, dan juga tahap sokongan yang mereka perlukan.

Tahap Autisme 1: Memerlukan sokongan

Dikelaskan sebagai autisme paling ringan. Anak austim untuk kategori ini biasanya mempunyai kesukaran berkomunikasi contohnya seperti untuk memulakan interaksi sosial iaitu perbualan dengan orang walaupun anak ini mampu untuk bercakap dalam ayat penuh dan sempurna.

Di tahap ini, anak mendapat kesan dari segi pergaulan di mana mereka berpotensi untuk menghadapi masalah berkawan jika terus-terusan tidak mendapat dokongan, sokongan, dan bimbingan untuk memautkan hubungan bersama.

Tahap autisme 1 juga menunjukkan bahawa kanak-kanak ini berhadapan dengan tingkahlaku tidak flesksibel sehingga mereka tidak selesa dengan apabila berlaku perubahan dan terpaksa meniru-niru corak perlakuan yang sama berulang kali.

Anak seterusnya menjadi tidak berani dan bahkan berlaku keengganan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Tahap Autisme 2: Memerlukan sokongan substantial

Tahap austime 2 tentunya lebih mencabar dari tahap 1 oleh kerana peranan kita sebagai penyokong kepada anak ini perlu lebih kuat dan banyak.

Ciri autistik anak pada tahap ini jelas mereka mempunyai masalah komunikasi sosial, tingkahlaku berulang, dan lebih berminat untuk bercakap ayat serta topik yang mudah.

Dalam masa yang sama, sesetengah anak pada tahap ini turut berdepan dengan masalah memahami isyarat sosial dan berkomunikasi secara tidak lisan seperti menggunakan ekspresi muka.

Tahap Autisme 3: Memerlukan sokongan sangat substantial

Tahap autisme 3 adalah yang paling serius dan memerlukan sokongan yang rapi. Secara umumnya, anak menunjukkan masalah yang sama dengan tahap 1 dan 2 tetapi ianya lebih ekstrem.

Anak ini tidak mampu untuk berkomunikasi secara verbal ataupun hanya menggunakan beberapa perkataan yang berfungsi.

Segala komunikasi terhad, sukar menerima perubahan, langsung hilang fokus, dan menjejaskan kehidupan seharian.

Rawatan autisme yang boleh diambil

Setakat ini, belum ada lagi ubat-ubatan yang mampu untuk merawat autisme. Namun begitu, langkah rawatan multidisiplin dan terapi dari pelbagai cara sangat berkesan untuk membantu masalah berpunca dari perkembangan yang lewat atau terbantut.

Terapi seperti ini tidak lain tidak bukan adalah untuk membolehkan kanak-kanak ini mampu untuk mengurus diri sendiri, belajar, dan berkomunikasi dengan orang lain.

Terapi pertuturan bahasa

Terapi pertuturan bahasa diberikan adalah untuk membantu kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi seorang kanak-kanak autistik. Terapi ini merangkumi tiga jenis peringkat iaitu:

  • Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif (AAC)

Kaedah ini didapati mampu untuk mengurangkan ciri autism seseorang. Bahkan, dikatakan juga sekiranya anak-anak ini mendapatkan terapi seawal usia 2 hingga 3 tahun, mereka mampu untuk memcapai perkembangan normal seperti anak-anak lain diusia mereka.

Diharapkan dengan perkongsiaan mengenai tahap autisme ini dapat memberikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan khususnya kepada ibu bapa di luar sana.

Sungguh, biar apa pun kekurangan seorang anak mereka tetap tanggungjawab dan amanah untuk kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa