Pernah dengar tidak mengenai penyakit Pneumonia dan tanda anak kena Pneumonia? Ya, di usia yang masih kecil anak juga mempunyai potensi yang besar untuk terkena penyakit ini.
Justeru itu, ibu bapa perlu ambil berat tentang kesihatan anak-anak. Tidak kiralah kita sesibuk mana pun kesihatan anak adalah perkara nombor satu untuk dipantau.
Apa itu penyakit Pneumonia?
Pneumonia adalah sejenis penyakit radang paru-paru yang melibatkan pundi udara. Pundi udara yang dijangkiti bakteria akan mengakibatkan gejala Pneumonia pada anak seperti demam, batuk berlendir, sesak nafas dan menggigil.
Sebenarnya, jangkitan kuman paru-paru ini boleh menjadi sangat serious dalam waktu singkat terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Ini kerana, kanak-kanak kecil boleh mengalami masalah kekurangan oksigen dan kekurangan air (dehidrasi).
Baca ini juga: Yuran Brainy Bunch 2023
Bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa pun turut boleh dijangkiti penyakit Pneumonia. Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh doktor.
Doktor akan mendengar bunyi pernafasan pesakit adakah normal atau tidak. Ia juga boleh dikesan melalui imbasan X-ray dada, ujian kahak (sample kahak, cecair dalam paru-paru), ujian darah dan ujian oksimetri nadi (ujian mengukir tahap oksigen dalam darah).
5 tanda-tanda anak kena Pneumonia yang jarang orang tahu
Di bawah ini, kami kongsikan beberapa tanda anak kena Pneumonia. Jadi perhatikan lima tanda tersebut dan jika semakin teruk, segera bawa mereka ke hospital yang berdekatan.
1. Batuk yang berlendir
Pneumonia ini terjadi disebabkan oleh jangkitan daripada virus atau bakteria. Oleh itu, ia akan menyebabkan anak anda batuk teruk.
Kebiasaannya, batuk akan bertahan selama beberapa hari atau lebih lama. Tetapi jika batuk semakin teruk dan disertai dengan lendir dan kotoran, ini merupakan salah satu tanda anak kena Pneumonia.
2. Anak bernafas dengan laju
Nafas laju merupakan salah satu tanda yang umum pada anak ketika mereka diserang oleh Pneumonia. Tetapi tidak bermaksud setiap kali anak bernafas laju menandakan mereka terkena penyakit ini.
Bayi yang berusia 2-12 bulan biasanya akan bernafas sebanyak 50 kali per minit. Manakala pada usia 1-5 tahun, kadar kelajuan nafas yang normal ialah sekitar 40 kali per minit.
Jadi, ibu bapa perlu sentiasa alert dengan pernafasan anak-anak ini.
3. Demam teruk
Demam anak juga bertambah teruk apabila mereka di serang Pneumonia. Kebiasaannya, sebelum anak demam teruk, mereka akan mengalami masalah batuk yang berpanjangan sehingga beberapa hari.
Kemudian, batuk itu tadi akan menjadi batuk berlendir dan menyebabkan anak anda mengalami demam. Tetapi, anda kena pastikan demam itu tadi tidak menjadi sawan kepada anak anda.
Demam yang teruk selalunya terjadi masalah sawan kepada anak. Pantau suhu demam anak pada setiap pagi dan petang, bagi memastikan keadaan mereka semakin membaik atau memburuk.
Segera ke klinik sekiranya demam mereka melebihi 38 celcius ke atas. Untuk pengetahuan anda, demam merupakan salah satu tanda bagi mengesan anak ini dijangkiti Pneumonia atau pun tidak.
4. Tidak mahu menyusu
Anak tidak mahu menyusu juga merupakan salah satu tanda anak kena Pneumonia. Mereka sukar untuk menyusu disebabkan oleh batuk yang teruk.
Akibatnya, anak akan nampak kurang sihat dan tidak bermaya. Mereka juga akan menangis secara terus-menerus sehingga menyebabkan mereka kekurangan air dalam badan (dehidrasi).
5. Tidak boleh buang air kecil seperti biasa
Tanda anak kena pneumonia yang terakhir adalah anak tidak boleh buang air kecil seperti biasa. Apabila sudah teruk, pneumonia menjadi punca anak anda kekurangan air di dalam badan.
Ditambah lagi, anak tidak mahu menyusu sebab itulah susah untuk mereka membuang air kecil.
Kesimpulan
Pneumonia bukanlah satu penyakit yang remeh-temeh untuk anda perhatikan. Penyakit ini sangat berbahaya untuk anak kita. Ia sangat mengambil masa yang lama untuk pulih di mana ia bergantung kepada antibodi kanak-kanak itu sendiri.
Sekiranya, anak anda mengalami pneumonia, pastikan anda mengehadkan hubungan anak dengan ahli keluarga yang lain.
Pastikan juga mereka ini sentiasa memakai pelitup muka dan buangkan tisu yang digunakan untuk batuk ke dalam tong sampah dengan sebaik mungkin.
Buat temu janji dan dapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya kesihatan anak semakin teruk. Kesihatan anak merupakan perkara penting untuk anda dan pasangan ambil berat.
Sayangi anak anda dan semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian semua.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel