Update – Sumbangan PPE untuk Team Sukarela Pengurus Jenazah Covid19

Beberapa minggu lepas kita ada menerima berita keperluan untuk sumbangan PPE bagi Team Sukarela Pengurusan Jenazah Covid yang kekurangan bekalan stok PPE, Gabungan NGO`s Pengurusan Jenazah Malaysia (UKVJ-KLANG).

Oleh itu kita Team Rakan Usahawan TudungSiComel telah melancarkan program derma kilat.

Jika masih ada rakan-rakan yang ingin turut membuat sumbangan boleh baca lanjut dan membuat sumbangan di SINI.

Jemput juga untuk kongsikan post ini mudah-mudahan dengan asbab sebaran anda, ada yang mendapat berita ini dan membuat sumbangan.

Alhamdulillah, sehingga ke tarikh ini 30 Jun 2021(6.56pagi), hasil sumbangan rakan-rakan mencecah RM9435.00

Kita telah berhubung dengan wakil dari pihak UKVJ, En Wan Cai 017-917533601 dan memaklumkan perkara tersebut.

dan mereka mencadangkan pembekal PPE yang biasa membantu mereka dengan harga Istimewa iaitu en Zul Gombak 013-3671494.

Pihak En Zul telah mengeluarkan Invoice sebanyak RM7320.00 (baki pada 16 Jun 2021) bagi set PPE dan keperluan asas lain.

Kita telah membuat bayaran sebanyak yang tertera dan alhamdulillah pada 28 Jun 2021, pihak UKVJ telah membuat pengambilan barangan sumbangan dari pembekal.

Apa yang saya dimaklumkan oleh en Wan, set-set ini akan diedarkan kepada beberapa team pengurusan jenazah sukarelawan lain di seluruh negara juga.

Baki semasa wang yang masih belum digunakan adalah sebanyak RM9435 – RM7320 = RM2115.

Kita sedang mencari jika masih ada Pihak Sukarelawan yang memerlukan sumbangan Set PPE.

Set PPE ini dipakai harian, jadi in shaa Allah mereka sentiasa memerlukan tambahan berterusan peruntukan sumbangan PPE dan semoga kita dapat sama-sama membantu usaha murni mereka.

Selagi Covid masih bermaharajalela, selagi itu sumbangan masih diperlukan.

Kita mungkin tak mampu nak bantu berpanas menguruskan jenazah dengan PPE, namun kita santuni jenazah dengan kadar kemampuan yang ada dan mudah-mudahan Allah rahmati kita semua.

Sama-sama kita jadikan dunia ini sebagai ladang akhirat kita, aamiin.

“Lets fight the battel together…”

Terima kasih

Nota: Saya cuba memberi maklumat sedetail yang mungkin kerana wang yang disumbangkan adalah hasil dari sumber perkongsian awam.

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00