Perbezaan Tudung Sekolah Awning Scuba dan Awning Lembut

Perbezaan Jenis Awning #

image 20

Antara perbezaan yang paling ketara adalah ketebalan Awning kedua-dua tudung yang kita hasilkan.
Tudung Awning lembut kita tidak tebal dan tidak nipis, sedang-sedang sahaja.
Manakala tudung Awning Scuba kita tebal sedikit berbanding biasa.

Kedua-dua tudung tetap terbentuk elok walaupun berbeza ketebalan. Cuma motif awning scuba dihasillkan adalah untuk memaksimakan bentuk awning supaya tidak mudah kelepet, kekal terbentuk mengikut wajah si pemakai. Si Comel ataupun ibu (ramai ibu-ibu sukakan awning scuba)

Keselesaan adalah misi utama tudung yang kami hasilkan. Awning lembut atau awning scuba, kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri.

Video Cara Detect Awning Scuba #

Untuk memudahkan pelanggan check sendiri Awning Scuba, kita sediakan video lapisan scuba yang insyaa Allah dapat bantu memberi gambaran Awning Scuba kita dengan jelas.

Kita juga belah awning kepada dua untuk lihat sendiri lapisan rahsia dalam awning.

Moga membantu semua 🙂