Skim Pembelian Tudung Secara Bayaran Tangguh Bagi Usahawan Shopee / TikTok / Lazada TudungSiComel

WhatsApp Image 2023 06 20 at 16.12.33

Kekurangan wang pusingan modal perniagaan merupakan salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh para peniaga yang ingin menjalankan perniagaan secara dropship di Shopee / Lazada atau Tiktok.

Bagi membantu permasalahan ini, pihak syarikat mengambil langkah proaktif untuk menyediakan Skim Pembelian Tudung Secara Bayaran Tangguh Bagi Usahawan Shopee / Tiktok / Lazada Tudungsicomel dengan memberikan kemudahan ini kepada mereka-mereka yang layak dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Maksudnya apabila anda ada terima tempahan dari shopee / lazada / tiktok, anda boleh buat tempahan dahulu untuk pelanggan anda di web TudungSiComel(menggunakan kredit wallet yang akan diberikan) dan hanya bayar apabila anda terima wang dari pihak shopee / lazada / tiktok.

Had limit kemudahan yang ditawarkan adalah RM300, RM500, RM1000, RM2000 atau RM5000 secara pusingan bulanan, bergantung kepada kelayakan dan jualan agen yang ditetapkan oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa. 

Contohnya, pada bulan Mei, anda layak mendapatkan kemudahan ini sebanyak RM300. Pada penghujung Mei, syarikat akan menyemak semula had kelayakan kemudahan sama ada akan diteruskan, dikurangkan atau ditambah untuk kemudahan bulan Jun, bergantung kepada prestasi jualan semasa anda. Penentuan had limit kemudahan adalah bergantung kepada budi bicara dan pertimbangan sepenuhnya pihak syarikat.

Mekanisme bagi Skim Pembelian Tudung Secara Bayaran Tangguh Bagi Usahawan Shopee / Tiktok / Lazada TudungSiComel adalah seperti berikut:

Contohnya anda menerima kemudahan pada bulan Mei adalah RM300. 

  1. Syarikat akan memasukkan kredit bernilai RM300 ke dalam akaun wallet TudungSiComel anda. 
  2. Anda telah menerima 2 tempahan pembelian melalui platform Shopee sebanyak RM40 dan RM100 (berjumlah RM140). Seterusnya, anda boleh terus melakukan tempahan melalui web TudungSiComel menggunakan had kredit yang telah dimasukan ke dalam wallet anda. Kini baki had kredit bulanan anda akan berkurang menjadi RM300 – RM140 (yang telah digunakan) = RM160
  3. Anda masih boleh menggunakan lagi baki had kredit sebanyak RM160 pada bulan tersebut untuk pembelian seterusnya.
  4. Setelah anda menerima bayaran dari pihak Shopee sebanyak RM140 (untuk 2 tempahan awal), anda perlu melakukan bayaran penuh kepada pihak syarikat dengan segera melalui topup semula akaun Wallet anda sebanyak RM140 dan kemudian Had Kredit bulanan anda akan kembali kepada RM300 semula.

Nota / Penafian: Penggunaan sistem Kredit Wallet TudungSiComel adalah bertujuan sebagai panduan untuk syarikat untuk memantau prestasi bayaran anda dan tujuan pengurusan. Perlu difahami bahawa kredit kemudahan ini bukanlah berbentuk suatu pinjaman dan tidak boleh ditebus dalam bentuk wang tunai.

Kelayakkan dan Syarat-Syarat #

1. Jumlah jualan terkumpul di Shopee / Lazada / Tiktok melebihi RM300.00 bagi bulan sebelumnya (sekiranya anda memohon untuk bulan Mei, jualan pada bulan April haruslah berjumlah RM300 atau lebih).

2. Untuk sebarang penambahan had kredit, pihak syarikat akan membuat penilaian ke atas prestasi bayaran bulan sebelumnya. Sekiranya didapati pembayaran baik dan tiada sebarang kelewatan, pihak syarikat akan mempertimbangkan untuk tambahan had kredit.

3. Sekiranya anda ingin melakukan pengeluaran kredit wallet, anda harus pastikan jumlah pengerluaran tidak termasuk jumlah kredit kemudahan yang telah diberikan oleh HQ. 

Maksudnya jika anda ada berbaki kredit wallet sebanyak RM400, namun jika had kredit anda adalah RM300, anda hanya boleh melakukan pengeluaran sebanyak RM100 sahaja. Kredit Kemudahan ini tidak boleh ditebus dalam bentuk wang tunai.

4. Kelulusan kemudahan ini adalah hak mutlak pihak syarikat dan bergantung kepada budi bicara dan pertimbangan pihak syarikat.

5. Syarikat berhak untuk menarik balik kemudahan kredit had limit lewat bayaran anda pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan. Namun syarikat akan memaklumkan kepada anda selewatnya 14 hari sebelum berkuatkuasa tarikh penamatan. Sekiranya berlaku penamatan kemudahan ini, anda perlu topup semula wallet anda mengikut had kredit yang telah dikreditkan ke akaun anda sebelum ini dan maklumkan pada pihak syarikat untuk tindakan seterusnya.

6. Anda haruslah seorang Rakan Usahawan TudungSiComel dan menjual produk TudungSiComel. Skim ini disediakan khusus untuk membantu rakan usahawan TudungSiComel sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan kemudahan ini, boleh klik borang di bawah. Borang yang diisi akan disemak oleh Bahagian Akaun TudungSiComel. Sekiranya layak kita akan whatsapp anda terlebih dahulu sebelum kredit dimasukkan ke dalam wallet TudungSiComel anda.

Perhatian #

Kita galakkan bagi yang benar-benar memerlukan sahaja untuk membuat peremohonan. HQ tidak dapat meluluskan semua permohonan kerana ia melibatkan modal yang besar. Jadi sekiranya anda rasa anda benar-benar memerlukan sahaja, boleh klik butang dibawah.

Pastikan setelah anda menerima pembayaran daripada shopee, anda topup semula kredit wallet anda dengan segera berdasarkan had kredit bayaran tangguh yang diberikan.

Contohnya, had kredit yang diberikan kepada anda RM300 dan anda telah menggunakannya untuk tempahan shopee yang diterima sebelum ini sebanyak RM100. Setelah anda menerima bayaran daripada pihak shopee / lazada / tiktok, anda haruslah terus topup semula RM100 ke wallet anda untuk mencukupkan semula jumlah had kredit yang diberikan.

*Setelah anda isi borang, boleh hubungi admin Mira untuk semakan ya. Takut Mira terlepas pandang permohonan anda.

Nota: Borang permohonan ini akan sentiasa dibuka sepanjang tahun. Jika sales shopee / lazada / tiktok anda masih sedikit dan anda masih boleh mendahulukan modal anda sendiri, kita galakkan anda untuk menggunakan modal anda terlebih dahulu. Namun sekiranya satu hari nanti anda benar-benar memerlukan modal, anda boleh buat permohonan.

Semoga dengan adanya skim pembelian tudung secara tangguh ini dapat membantu anda sebagai Rakan Usahawan TudungSiComel 😃