Kenapa komisyen saya RM1.50?

Seperti yang anda semua maklum, HQ akan hadiahkan komisyen pendaftaran istimewa sebanyak RM10.00 kepada anda bagi setiap agen baru yang mendaftar di bawah tajaan anda. Komisyen akan diberikan dalam bentuk komisyen affiliate.

Namun, akan ada yang terima komisyen tersebut sebanyak RM1.50 sahaja, ini kerana :

  1. Pelanggan tersebut pernah klik link affiliate yang anda kongsikan untuk buat belian tudung. Jadi automatic email beliau masuk dalam lifetime customer anda. Apabila beliau daftar sebagai dropship dibawah tajaan anda, automatic sistem dah detect jumlah komisyen sebanyak 10% bermaksud RM1.50 sahaja.
  2. Pelanggan pernah create akaun, dimana pada sebelum ini jika pelanggan klik link affiliate anda untuk buat belian, mereka boleh create akaun TudungSiComel. Jadi automatic juga email pelanggan telah detect di lifetime customer anda.

Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk pada admin Mira untuk beliau bantu 😀