Panduan Psikologi Menghadapi Pelanggan Marah

Jika ada sebarang masalah berkaitan tempahan pelanggan, jangan risau. Ini panduan cara untuk mengawal emosi

Majoriti pelanggan kita adalah wanita . Fahami jiwa mereka 

Wanita mereka mahu masalah mereka didengari dan difahami. Mereka tidak suka kita bagi alasan dan membangkang cakap mereka, iakan sahaja…

jangan lawan jika mereka marah. Minta maaf dan akui sahaja kesalahan kita walaupun mungkin bukan salah kita… relaks dan akui kesalahan;

“Maaf ya puan, saya akui kesalahan saya… maaf sangat-sangat ya puan.. jika saya berada di tempat puan juga saya akan rasa sangat marah dan keciwa” 

Jadi sekiranya ada apa-apa masalah:

1. Hubungi Mereka, Terangkan dan Minta Maaf #

“Salam puan, saya nak minta maaf sangat-sangat puan, saya baru semak di HQ TudungSiComel dan mereka baru maklumkan tudung yang kita tempah ada sedikit masalah” 

“Tudung yang puan tempah warna Royal Blue size S 2 helai tersebut stok lama ada sedikit masalah puan… Kita sedang menanti stok baru masuk tapi takut sedikit lambat dari jangkaan kita” 

“Malu sangat saya dengan puan… jika saya berada di tempat puan juga saya akan rasa kecewa dan marah… maaf sangat-sangat ya puan”  (Ayat ini penting untuk tunjuk yang kita faham perasaan mereka)

2. Tanya Mereka nak Tukar atau Refund #

“Jika tak keberatan, boleh saya tahu adakah puan nak tukar warna lain yang ada ready stok atau puan nak kita refund?”

3. Cadangkan warna lain. Hubungi admin tanya tudung ready stok banyak untuk size yang beliau inginkan sebelum ini.

“Jika saya cadang warna biru ini size S boleh puan? Sebab size SS puan ada satu warna sama tapi ropolnya krim. Jadi sedondon”

4. Jika beliau nak refund, minta no akaun dan puan refund pada beliau dan puan claim pada HQ. Tapi puan hadiahkan juga pada beliau sehelai tudung sekolah pada beliau sebagai tanda maaf dan akan kita masukan ke dalam tempahan beliau yang berikutnya nanti.

“Maaf sangat-sangat ya puan dan baik saya akan refund wang puan dengan segera”

“Sebagai tanda maaf dari saya, saya hadiahkan puan sehelai tudung sekolah untuk Si Comel puan secara percuma untuk tempahan puan berikutnya nanti. Kita masukan dalam bungkusan sekali dengan tempahan seterusnya nanti ya puan, in shaa Allah”

“Jika puan nak buat tempahan nanti, puan ingatkan saya juga untuk tuntut hadiah sehelai tudung sekolah percuma dari saya ya puan”

“Harap puan dapat maafkan saya” 

**Masa buat tempahan beliau seterusnya nanti, jangan lupa masukan tudung sekolah pecuma sehelai pada senarai tempahan beliau dan masukan kod MAAF1 dan system kita akan -RM19.90 (sehelai tudung sekolah awning scuba).

Semoga panduan ini membantu rakan-rakan menghadapi masalah…

JANGAN PUTUS ASA… BERNIAGA HATI KENA KENTAL… MANA ADA BUSINESS YANG TIADA MASALAH 

Jangan risau, pelanggan takkan dapat keluar dari telefon hehe… yang penting kita bantu beliau sebaik mungkin. Nak elak masalah dari tak berlaku memang mustahil. Kita kena tahu cara hadapinya sahaja agar hidup kita menjadi tenang .