Panduan Withdraw Kredit Wallet Ke Akaun Bank

Syarat Withdraw (wajib baca dan fahamkan) #

1. Kredit Wallet boleh dikeluarkan(withdraw) minimum RM50 atau lebih. 

2. Anda boleh request withdrawal pada atau sebelum 20hb setiap bulan dan proses pembayaran mungkin mengambil masa 4-5 hari bekerja. Cut off date untuk withdrawal request adalah 20hb pada setiap bulan.

3. Setiap transaksi request withdrawal akan dikenakan cas sebanyak RM0.50 oleh pihak Maybank. Ini kerana kita menggunakan sistem Maybank Bulk Payment.

Contohnya, sekiranya anda request RM50, kita akan transfer RM49.50 sahaja ke akaun anda.

Cara Nak Withdraw #

1. Pertama sekali login ke My Account anda dan klik pada menu My Wallet.

wallet

2. Kemudian klik pada menu Withdrawal.

image 13

3. Untuk pertama kali, sebelum anda request withdraw, pastikan anda klik pada menu Payment Settings terlebih dahulu dan isikan butiran yang diperlukan.

image 16

⚠️ Perhatian: Sila semak dan pastikan butiran yang dimasukkan betul. Jika no akaun yang dimasukkan salah dan setelah dibuat transfer, pihak syarikat tidak dapat bertanggungjawab untuk mendapatkan semula wang dari akaun penerima yang salah tersebut.

4. Kemudian pada menu Withdraw Request, masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan(withdraw). Minimum RM50 dan bank cas sebanyak RM0.50. Kemudian klik pada butang Submit Request.

image 14

5. Setelah submit request, kita akan review dan uruskan pembayaran request anda pada setiap 20hb (cut off) bagi bulan tersebut dan proses pembayaran ke akaun anda dijangka mengambil masa 3-4 hari bekerja.

Contoh:

1. Sekiranya anda submit request pada 5hb, pembayaran tetap akan diproses bermula 20hb bagi bulan tersebut.

2. Sekiranya anda submit request pada 22hb, pembayaran akan dibuat selepas 20hb pada bulan berikutnya. Ingat, cut off date adalah 20hb.

image 17

Sekian dan selamat meroket ^_^