Pelanggan Shopee Nak Tukar Tudung?

image 34

Jika pelanggan di shopee anda ingin membuat pertukaran tudung samaada untuk menukar saiz, warna atau jenis bagi tudung yang telah diterima, HQ cadangkan untuk anda mengikut sahaja prosedur Shopee.

Minta pelanggan klik pada butang Return & Refund dan buat tempahan semula berdasarkan tudung yang dikehendaki.

Ini kerana dapat memudahkan kedua-dua pihak disamping pelanggan dan anda juga tidak dikenakan sebarang cas tambahan.

6 langkah mudah retund & refund #

1. Pelanggan hubungi anda untuk penukaran tudung.

2. Penjual(anda) cadangkan pada pelanggan untuk klik butang Return & Refund pada tempahan yang telah dibuat dan pilih reason “change of mind“.

Shopee Return Refund

Kemudian…

image 43

3. Setelah pelanggan klik pada butang Return & Refund > Submit, penjual akan terima notifikasi dan CONFIRM kan sahaja.

a. Tekan butang MORE.

image 41

b. Kemudian pilih Wait for Return dan tekan next.

image 42

c. Kita akan dapat confirmation. Just tekan jer butang confirm.

image 44



4. Pelanggan akan terima AWB untuk return semula item tersebut kepada penjual. Awb tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak kurier.

image 33


5. Pelanggan pack item tersebut dan drop off berdasarkan kurier yang diberikan dalam tempoh 5 hari dari tarikh request.

6. Penjual terima item yang dipulangkan tersebut dan seterusnya pihak shopee akan refund kepada pelanggan. Lepas dapat barang, baru tekan butang refund.

image 45
image 35

FAQ #

1. Soalan: Boleh ke kita minta pelanggan berurusan di luar Shopee?
Jawapan: Boleh namun kos penghantaran semula tudung tersebut kepada anda(penjual) dan kos penghantaran semula tudung gantian juga pelanggan perlu tanggung.

Jadi ianya melibatkan kos yang tinggi kepada pelanggan.

Jika pelanggan memulangkan menerusi shopee, pelanggan dan anda(penjual) tidak tanggung sebarang kos dan apabila beliau membuat belian baru tudung yang sesuai, kos penghantaran melalui shopee jauh lebih murah berbanding kos penghantaran semula secara manual.

Anda juga boleh baca panduan lengkap DI SINI

2. Soalan: Untuk tudung rejek boleh buat pertukaran warna dan saiz ke ?
Jawapan: Boleh,kerana tudung rejek juga termasuk dalam jaminan 180 hari. Setiap tudung BOLEH DITUKAR namun KOS PENGHANTARAN PEMULANGAN DAN PENGHANTARAN SEMULA  adalah atas TANGGUNGAN PELANGGAN SENDIRI.

**Untuk pertukaran tudung bagi produk tudung rejek, ia tiada button change of mind. Jadi pelanggan dan penjual boleh settle luar shopee.

Apa-apa keputusan sekalipun, PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA  😊