Prosedur Pertukaran & Pemulangan

Sekiranya tempahan puan menghadapi sebarang masalah, ini adalah panduan menyelesaikan masalah tersebut. Jangan panik ya 😊

1. Saiz Tak Sesuai #

Sais Tak Sesuai

Jika pelanggan beli tudung, tapi saiz tak sesuai anda boleh maklumkan pada admin ID Tempahan, jenis tudung, warna dan saiz yang ingin ditukar.

Kita akan terus buat penghantaran baru saiz yang sesuai kepada pelanggan.

Jika pelanggan ada kelapangan boleh pulangkan semula kepada HQ samaada nak walk in atau melalui pos sahaja.

2. Item Ada Defect #

Item ada defect

Jika item yang diterima ada masalah, mohon terus maklumkan pada admin dan kita akan buat penghantaran baru gantian.

Item yang ada defect tak perlu pulangkan dan kita hadiahkan sahaja pada pelanggan.

3. Salah Post Tempahan #

HQ Salah Pos

Jika item yang diterima tak sama seperti yang ditempah, mohon maklumkan pada admin dan kita akan buat penghantaran tudung gantian.

Jika pelanggan ada kelapangan boleh pulangkan semula item yang salah tersebut.

Sekiranya tempahan menerusi Shopee / Lazada / Tiktok, boleh gunakan feature mereka.

4. Tak Berpuas Hati dan Nak Refund #

Tak Berpuas Hati

Jika pelanggan tak berpuas hati dengan item yang diterima dan ingin refund, boleh maklumkan pada admin butiran ID tempahan untuk semakan, maklumat akaun bank pelanggan dan kos yang perlu dibuat pemulangan wang untuk HQ terus buat bayaran kepada pelanggan.

Pemulangan wang adalah untuk harga item yang dibeli sahaja dan tidak termasuk kos postage yang beliau tanggung semasa proses belian.

Contohnya pelanggan menempah sehelai tudung sekolah awning scuba RM19.90 dan kos postage adalah RM5, walaupun total beliau bayar RM24.90 termasuk postage, kita akan refund harga item sahaja iaitu RM19.90.

Kos postage tidak termasuk dalam jaminan refund.

Kemudian boleh minta pelanggan pulangkan item dan kita akan bayar sekali kos postage pemulangan kepada pelanggan.

5. Produk Rejek #

Bagi produk rejek, ada jaminan 180 hari seperti point dari nombor 1 hingga 4 di atas. Namun bagi kos postage untuk produk rejek, kos pemulangan ke HQ dan kos penghantaran kepada pelanggan adalah tanggungan pelanggan sendiri.

6. Hubungi Admin #

Maklumkan pada 011-56493906 (admin Alin) ID Tempahan dan masalah yang berlaku samaada penukaran atau pemulangan.

Wasap mungkin ambil masa nak jawap sebab banyak wasap yang diterima. Namun kita akan cuba membantu secepat mungkin. 

Waktu Operasi Isnin – Jumaat / 9pg-6ptg Jika ada masalah mohon maklum awal sebelum jam 5.45 ptg ya.

Jika diluar waktu operasi, boleh maklumkan pada pelanggan yang puan akan semak dengan HQ apabila tiba waktu operasi kelak.

7. Alamat Penghantaran ke HQ #

TudungSiComel.com
SBZ Prima Sdn. Bhd (1212800H)
G-081 (ground floor),
Season Square,
Jalan PJU10/3, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor, 011-56493906

Apa-apa keputusan sekalipun, PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA ðŸ˜Š