Soalan Lazim Belian Borong

1. Berapakah Harga Borong Semasa Untuk Produk TudungSiComel? #

Untuk harga borong semasa, boleh rujuk DI SINI.

2. Berapa Minumum Kuantiti Untuk Order Borong? #

1. Minimum Order Quantity (MOQ) adalah 40 helai dalam satu resit boleh campur jenis (Tudung dan Inner Sahaja). Aksesori tidak termasuk dalam kiraan kuantiti MOQ 40 helai.

2. Tempahan haruslah dalam gandaan 10 helai bagi setiap saiz/warna. Contohnya Tudung Sekolah Awning Lembut Saiz SS putih nila 10 helai dan Inner Rainbow Hijau Muda 10 helai. 

3. Bagaimana Jika Tudung Yang Saya Beli Diterima Dalam Keadaan Rosak / Rejek #

Jika tudung yang dibeli rosak atau rejek, ada dua pilihan kaedah:

Kaedah 1. Kita sarankan rakan pemborong untuk menjual dengan harga rejek dan boleh maklumkan pada HQ berapa helai rejek untuk HQ kontrakan dengan harga borong rejek.

Contohnya jika sehelai tudung dibeli dengan harga RM8.90, tetapi didapati rejek. Sila maklumkan pada HQ untuk kita refund kepada harga borong rejek iaitu contohnya RM6.90. Jadi HQ akan refund sebanyak RM8.90 – RM6.90 = RM2 kepada anda (Kita boleh refund atau contra dengan tempahan borong yang seterusnya).

Jika ada 10 helai yang rejek, kita akan refund contohnya RM2 x 10 helai = RM20.00

Dan kemudian anda boleh jual tudung tersebut sebagai tudung rejek kepada pelanggan dan dapat peroleh keuntungan ke atasnya.

Kaedah 2. Kumpulkan semua yang rejek dan pulangkan pada HQ. 

Proses ini kurang digalakkan kerana ianya agak kurang ‘cost effective’. Puan boleh pulangkan kepada HQ atas tanggungan kos postage sendiri dan pihak HQ akan refund berdasarkan kuantiti yang dipulangkan. 

Boleh dibuat penukaran namun kos pemulangan dan pengantian semula atas tanggungan pemborong.

Proses penukaran tudung rejek juga mengambil masa sama seperti proses tempahan tudung borong biasa. Contohnya anda ingin menukar tudung borong yang rejek, anda boleh pulangkan semula tudung yang rejek ke HQ dan proses penukaran akan mengikut giliran tempahan dan stok tudung yang available.

4. Kenapa Ada Yang Rejek? #

Cabaran untuk menjahit tudung sekolah adalah gulungan kain yang kita dapat mungkin kelihatan elok di bahagian luar dan apabila tailor kita potong, mungkin ada bahagian yang sedikit kotor di bahagian dalam yang tidak perasan semasa proses QC di kilang.

Dan mungkin juga semasa proses menjahit, ada berlaku jahitan tidak kemas yang juga pihak QC di kilang tidak perasan atau terlepas pandang.

5. BagaimanA Nak Minta Refund? #

Boleh hubungi Bahagian Akaun kita, Puan Marina dengan klik butang whatsapp di bawah atau 012-2469703

6. Ada Jaminan Ke Untuk Tudung belian Borong? #

Ya pastinya ada, jaminan 180 hari. Anda berborong dengan TudungSiComel, anda tidak perlu risau stok simpan bawah katil hehe. Biar HQ yang tanggung risikonya.

Jika tidak terjual, boleh pulangkan dan HQ akan bantu jualkan dan akan refund semula wang puan setelah semuanya terjual. Boleh hubungi HQ untuk proses pemulangan dan refund.

**Namun ianya tidak termasuk kos postage penghantaran awal dan pemulangan.

7. Saya Merupakan Dropship, Apabila Ada Pelanggan Yang Nak Memborong Tudung / Inner, Berapakah Harga Saya Patut Jual Pada Mereka? #

Kita sarankan untuk anda daftar mereka menjadi agen di bawah anda supaya setiap belian mereka, anda akan dapat komisyennya.

Namun anda juga boleh markup harga jualan kepada mereka(kurang disarankan).

Sekiranya ada yang nak memborong, namun mereka bukan seorang Dropship / Mini Stokis, anda boleh jual pada mereka dengan markup keuntungan sekitar RM0.50 / RM1 sehelai (ikut pertimbangan anda).

Contoh pertama jika pelanggan nak beli borong 20 helai tudung dan sebagai contoh sehelai tudung borong berharga RM8, jadi anda boleh jual pada harga RM9(RM8 +RM1) sehelai kepada mereka dengan keuntungan RM1 bagi setiap helai tudung yang terjual. Keuntungan anda RM1 x 20 helai = RM20.00

Contoh kedua, jika pelanggan nak beli borong 100 helai tudung, dan contohnya sehelai tudung borong berharga RM8, anda boleh jual dengan harga RM8.50 (dengan keuntungan RM0.50 sehelai) kepada mereka. Jadi keuntungan anda untuk transaksi tersebut RM0.50 x 100 helai = RM50.00

Untuk jualan borong, margin keuntungan tidak besar, namun keuntungan dalam bentuk jualan volume.

8. Untuk Urusan Borong Nak Hubungi Siapa? #

Semoga perniagaan Rakan Pemborong dan Mini Stokis lancar hendaknya. Aamiin