Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

10 Tanda Hamil Selepas Haid untuk Elak Berlaku Keguguran

Awal kepada tanda hamil selapas haid adalah seakan datang bulan atau period. Hal inilah yang biasanya membuatkan wanita sering menjadi keliru dalam membezakan sama ada sesuatu itu datang bulan ataupun sedang positif hamil.

Kadang kala orang sekeliling yang lebih nampak perubahan diri kita berbanding diri sendiri. Untuk elak kecewa selepas buat ujian alat kehamilan, adalah lebih baik kita check tanda hamil selepas haid dengan lebih teliti.

Period tetapi mengandung?

Wanita biasanya mempunyai lebih kurang 6 hari setiap bulan yang berpotensi besar mereka akan hamil. Ketika wanita haid, badan akan mengeluarkan lapisan rahim kerana kehamilan tidak berlaku pada kitaran terakhir.

Hormon progesteron yang diperlukan untuk kekalkan kehamilan akan rendah dan badan sedang bersiap sedia untuk waktu subur berikutnya. Tempoh ovulasi wanita adalah sekitar 12 hingga 14 hari iaitu selepas hari pertama dalam haid terakhir.

Namun begitu, ada juga yang mempunyai kitaran semula jadi yang pendek sahaja. Sesetengahnya mungkin mengambil masa 6 hari untuk ovulasi setelah hari pertama dalam haid terakhir. Apabila berlaku ejakulasi, sperma akan bertahan di dalam badan dalam tempoh sehingga lima hari penuh serta boleh mensenyawakan telur pada bila-bila masa sahaja pada waktu subur.

Hal inilah yang menyebabkan seseorang wanita itu masih boleh hamil walaupun ketika dalam period atau haid.

Bilakah tanda hamil selepas haid akan muncul?

Seseorang tidak akan hamil pada satu atau dua hari selepas haid. Namun begitu, oleh kerana jangka hayat sperma yang mampu bertahan lama, tidak mustahil untuk wanita hamil selepas haid. Ia boleh dilihat dari pelbagai faktor kesihatan.

Wanita kena peka tanda hamil selepas haid

Berikut adalah beberapa gejala dan tanda hamil selepas haid yang biasa berlaku di peringkat awal untuk menunjukkan bahawa anda sedang hamil:

1. perubahan pada payudara

Hormon wanita boleh terganggu menandakan tanda hamil selepas haid. Perubahan ini juga menjadikan payudara seseorang lebih sensitif dan sakit.

Saiz puting akan menjadi lebih besar dan lebih gelap ketika hamil. Sesetengah kes, wanita biasanya boleh lihat adanya kawasan putih kecil, merinding atau jerawat di bahagian areola payudara.

2. Tompokan pendarahan atau “spotting”

Darah atau pendarahan ringan yang berlaku di seluar dalam merupakan tanda hamil selepas haid. Gejala ini adalah tanda awal kehamilan bagi seorang wanita. Pendarahan ini terjadi disebabkan oleh keadaan embrio yang mendorong dirinya untuk masuk ke dinding rahim.

Kesannya, ini menyebabkan berlaku sedikit pendarahan yang melekat di seluar dalam.

3. Senggugut atau kembung perut

Cramp di perut berlaku disebabkan oleh pengeluaran hormon progesteron dari corpus luteal yang terhenti. Kesannya, perut terasa kejang kerana otot rahim mula merenggang dengan kehadiran janin.

Walau bagaimanapun, senggugut atau kembung perut semasa hamil ini tidaklah terlalu teruk dan masih mampu ditangani. Namun demikian, sekiranya rasa sakit yang dirasai terlalu kuat, dapatkan segera rawatan dari doktor.

4. Rasa loya atay mual-mual

Morning sickness iaitu rasa loya dan mual tanda hamil yang sangat popular. Ia biasanya terjadi seawal minggu ke-4 – minggu ke-6, ketika di awal pagi apabila bangun dari tidur. Namun ada sahaja sebahagian wanita yang berasa loya pada waktu-waktu lain selain itu.

Punca wanita hamil loya dan mual oleh kerana peningkatan asid pada perut akibat bertambahnya paras hormon estrogen. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang mulai dihasilkan oleh plasenta.

5. Sensitif terhadap bau

Sensitif dengan bau sampai kadang kala tidak boleh bau badan suami itu benar-benar berlaku kepada pasangan suami isteri di luar sana. Perangai pelik ini terjadi kerana berlakunya perubahan hormon yang ketara semasa awal kehamilan. 

Kajian yang dilakukan untuk mengkaji kepada hubunan kait bau dan kehamilan menunjukkan bahawa ibu hamil lebih sensitif dengan bau pada trimester pertama kehamilan mereka. Sebagai suami, harapnya anda boleh lebih sabar dalam melayan kerenah isteri-isteri di rumah.

6. Lendir atau keputihan

Lendir atau keputihan yang dipanggil sebagai cervical mucus adalah cairan yang keluar dari vagina wanita. Wanita ada rekod catatan kitaran haid sendiri untuk persediaan mengandung, pastu anda tidak pelik dengan lendir ini.

Lendir akan bertambah dan tebal ketika berlakunya proses persenyawaan. Ia tidaklah gatal dan berbau namun disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi elak sebarang jangkitan.

Ramai orang tanya apakah fungsi lendir ini? Lendir tersebut memainkan peranan yang sangat penting untuk menghalang serangan bakteria dan virus terhadap embrio seseorang.

7. Mudah keletihan

Letih, kepenatan dan lemah dikategorikan sebagai peringkat paling tinggi dalam kelompok tanda hamil selepas haid di peringkat awal. Peningkatan hormon progesteron yang penting untuk kehamilan seseorang ketika itu meningkat tinggi sehingga mudah menyebabkan wanita berasa ngantuk dan cepat letih.

Selain faktor hormon, perubahan isipadu darah, denyutan jantung, serta metabolisme tubuh juga memainkan peranan yang sama. Wanita hamil perlukan tidur dan rehat yang cukup untuk memastikan kandungannya juga sihat dan bertenaga.

8. Mengidam makanan

Makan itu, makan ini, kadang kala sebagai suami kita jadi rungsing sendiri memikirkan keinginan isteri. Wanita mengidam makanan itu perkara biasa.

Ini kerana tubuh wanita yang hamil sangat memerlukan kecukupan nutrisi untuk anak dalam kandungan. Contohnya, sesetengah wanita memerlukan kombinasi seperti ayam dan ais krim, ini mungkin kerana badan kekurangan protein dan gula.

9. Tekanan darah tinggi

Pada awal kehamilan, saluran darah akan mengembang bagi menghantar darah kepada bayi. Secara automatik tekanan darah mulai tinggi sehingga menyebabkan sakit kepala atau pening kepala.

Penting di tahap ini, ibu hamil mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat serta minum air secukupnya agar ibu dan anak mendapat nutrisi makanan yang diterima.

10. Perubahan mood

Wanita hamil lebih mudah untuk berlaku perubahan emosi dan mood. Sikap yang berubah-ubah kadang kala sukar untuk kita kawal. Kadang kala perkara kecil pun boleh jadi isu besar dalam rumah tangga.

Dalam hal ini, suami isteri haruslah mempunyai persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain. Ini bagi mengelakkan berlaku masalah dalam rumah tangga khususnya kepada suami yang mudah berkecil hati dan kurang faham dengan kerenah isteri ketika hamil.

Tips cepat hamil selepas haid

Semua orang pastinya mahu menimang cahaya mata sejurus sahaja selepas berumah tangga. Tetapi tidak semua orang diberikan rezeki sedemikian kerana soal anak ini semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, usaha untuk cepat hamil boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti:

  • Catat tarikh menstruasi
  • Makan pil asid folik
  • Belajar tentang pasangan dan posisi yang selesa
  • Minta nasihat dan tips dari pakar bertauliah

Diharapkan dengan perkongsian mengenai tanda hamil selepas haid ini dapat memberikan para suami isteri di luar sana informasi yang bermanfaat untuk dipelajari dan disampaikan kepada yang lain.

3 comments

  1. kenapa sekarang SY dah lepas period seminggu ni spender kerab basah Gan keputihan macam air putih…

  2. sy rsa sakit kpla pning kpla lps hbis period

  3. Syahmirah Asad

    Sy dtg haid Bulan 7 (17-23)
    Aliran darah cuma pada 17-19
    20-23(dlm proses nak tunggu mandi wajib)

    Masalahnya skrg pada 1hb.8.2023 aliran darah kembali keluar….tapi pada 2hb pula darah itu sudah berhenti …

    Adakah kitaran haid sy normal
    Atau bermasalah ……

    Ingin penjelasan……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.